MY E-PORTFOLIO

WELCOME TO MY e-PORTFOLIO OF EDUCATION

Friday, March 20, 2009

BRAIN(Science F4)



NOTA SAINS TINGKATAN 4



KOORDINASI BADAN

1. KOORDINASI BADAN

Koordinasi badan menyelaras aktiviti sistem-sistem dan organ-organ Koordinasi badan terdiri dari koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu.

2. SISTEM SARAF KITA

Sistem saraf kita berbahagi kepada 2 bahagian iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.

SISTEM SARAF

KOMPONEN DAN FUNGSINYA

SISTEM SARAF PUSAT

1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir maklumat.
2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks.

SISTEM SARAF PERIFERI

1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota di kepala seperti mata.
2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan dengan saraf tunjang.






Sistem saraf kita terbentuk dari rangkaian neuron-neuron. Neuron ialah sel saraf yang merupakan asas kepada sistem saraf yang berfungsi membawa impuls. Terdapat 3 jenis neuron. Neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor. Fungsi setiap neuron adalah seperti berikut :-

NEURON

FUNGSINYA

DERIA

Menerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan.

PERANTARAAN

Menerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor

MOTOR

Menerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas.


Bahagian-bahagian dalam neuron pula mempunyai fungsi seperti dibawah :-

BAHAGIAN NEURON

FUNGSI

BADAN SEL

Bahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel

AKSON

Membawa impuls keluar dari badan sel

DENDRON

Membawa impuls masuk ke dalam badan sel

SALUT MEILIN

Melindungi akson dan dendron

SINAPS

Ruang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls mengalir dalam satu arah sahaja

RESEPTOR

Struktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan

EFEKTOR

Struktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas

Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai "tindakan refleks". Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls(maklumat) semasa tindakan refleks disebut "arka refleks" ialah :

Reseptor-->Neuron deria-->sinaps-->Neuron perantaraan-->Sinaps-->Neuron Motor-->Efektor



Ada sejenis tindakan refleks istimewa iaitu "Sentakan Lutut", arka refleknya TIDAK melibatkan neuron perantaraan.
Selain daripada reseptor biasa yang ditemui pada organ deria kita, para saintis telah mengenal pasti sejenis reseptor pada otot-otot dan tendon yang terlibat dengan pergerakan badan apabila kita melakukan aktiviti tanpa penglihatan. Reseptor ini disebur "reseptor regang". Reseptor regang terlibat secara langsung dalam Deria Kinestesis yang juga berfungsi mengimbangkan badan dan membolehkan seseorang mengkoordinasikan badan dalam keadaan gelap.

3. OTAK KITA

Selain dari neuron-neuron, otak adalah bahagian yang terpenting dalam sistem saraf kita. Otak merupakan pusat kawalan semua aktiviti badan. Mari kita belajar mengenali otak.




Otak terdiri daripada 3 bahagian :-

a. SEREBRUM - mengawal deria dan tindakan terkawal.
b. SEREBELUM - mengawal keseimbangan badan.
c. MEDULA OBLONGATA - mengawal tindakan luar kawal seperti pergerakan jantung.

Tindakan terkawal dikawal oleh serebrum. Contoh tindakan terkawal ialah membaca, menunggang basikal dan menyanyi.

Tindakan luar kawal pula dikawal oleh medula oblongata. contoh tindakan luar kawal ialah degupan jantung, pergerakan usus ["peristalsis"] dan kadar pernafasan.


Otak juga membolehkan kita berupaya menaakul dan berfikir dengan baik. Ini menyebabkan seseorang manusia mempunyai minda. Minda yang baik dipengaruhi oleh faktor pemakanan, penyakit otak dan kecederaan otak semasa kemalangan.

Saintis telah mengenalpasti bahagian-bahagian serebrum yang mengawal aktiviti badan. Contohnya bahagian penghujung belakang serebrum terlibat dengan penglihatan dan tengah atasnya mengawal pergerakan anggota badan.

4. KOORDINASI KIMIA

Bergandingan dengan koordinasi saraf, koordinasi kimia dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon adalah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan. Hormon dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin juga digelar "kelenjar tanpa duktus" kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.

Manusia mempunyai 6 jenis kelenjar endokrin utama iaitu :-

a. Pituitari - terletak dalam otak ia mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam pertumbuhan.
b. Tiroid - terletak di tepi leher ia mengawal metabolisme, perkembangan otak.
c. Adrenal - terletak di atas ginjal ia menolong seseorang menghadapi kecemasan.
d. Pankreas - terletak di pankreas ia mengawal aras gula dalam darah.
e. Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari ia mengawal perkembangan seks.
f. Testis (lelaki) - terletak dalam testis ia mengawal perkembangan seks.



Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan. contohnya jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi, seseorang akan menghidap penyakit kencing manis.

5. PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA

Walaupun kedua-dua koordinasi saraf dan koordinasi kimia berfungsi mengkoordinasikan aktiviti badan, namun kita boleh membandingkan dan membezakan kedua-duanya.

KOORDINASI SARAF

KOORDINASI KIMIA

Dikawal oleh sistem saraf

Dikawal oleh sistem endokrin

Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS

Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON

Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkan

Gerak balas adalah lambat

Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjang

Pusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar<>



6. DADAH MENGGANGGU KOORDINASI !!!

Walaupun kita telah dikurniakan dengan badan yang mampu mengkoordinasikan aktivitinya terdapat 2 bahan yang boleh mengganggunya. Bahan itu ialah dadah dan alkohol.

Dadah merupakan bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan. Contoh dadah ialah heroin. Dadah dikenali sebagai "bahan psikoaktif" kerana ia mampu mengubah perlakuan seseorang setelah menyerang sistem saraf kita.

Pengambilan dadah boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita.

Kesan dadah secara :-


a. Fizikal - mata merah, hidung berair.
b. Mental - gila, tidak boleh menumpukan perhatian.
c. Psikologi - tidak waras, marah-marah.
d. Fisiologi - gerakbalas lambat, imuniti lemah.
e. Sosial - tidak mahu bergaul dan menimbulkan masaalah seperti mencuri dan menghisap gam.
f. Ekonomi - hilang sumber pendapatan dan menghabiskan duit kerajaan.


7. ALKOHOL JUGA MERBAHAYA !!

Alkohol menjejaskan fungsi otak dan koordinasi badan. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan kadar kemalangan serta masaalah rumah tangga. Pengambilan alkohol juga boleh mencacatkan bayi dalam kandungan.

8. JAGALAH BADAN ANDA

Setelah mempelajari koordinasi badan, kita seharusnya menghargai fungsi koordinasi saraf dan koordinasi kimia. Dengan adanya kedua-dua koordinasi ini badan kita boleh melakukan aktiviti dengan sempurna. Penjagaan kesihatan mental juga penting supaya kita hidup dalam harmoni dan bahagia. Kita hendaklah menjauhkan diri dari gejala penyalahgunaan dadah serta ketagihan alkohol.




© 2009, Jamaliajh Abd Manaf